Wednesday, May 9, 2018

Bushcraft Survival Siri 6 (level 1) 29042018

As-salam..
          Selesai sudah semalam 29/4/2018 Siri 6 kelas Bushcraff Survival tahap 1, anjuran My_Survival. Semoga ilmu yang di pelajar menjadikan Kita , pecinta rekreasi yang berilmu, terutama dalam ilmu Survival. Telah diakui bawa ilmu ini amat penting untuk dipelajari bagi setiap peminat rekreasi agar lebih berssedia dimasa mendatang.
        Disertai oleh meraka yang datang dari berbagai latar belakang dan umur yang berbeza dari golongan mahir sehinggalah budak sekolah dan termuda dalam program kali ialah berumur 9 tahun. Program yang berjaya memuaskan hati para peserta dan ia juga menambah satu pengalaman yang berbeza dari dunia rekreasi yang meraka lalui.
Gambaran Keseluruhan Program
Ubi Rebus Kopi 'O', Ubi Rentung & Teknik Parang
"Jungle cooking"ubi kayu rebus dan kopi O
 Pembahagian Markah
 "Jungle cooking" bakar ubi kayu dan dekorasi
  "Jungle cooking" bakar ubi kayu 
Persedian untuk api
Tenang Is Good
 Asas Tali
 Asas Tali Practical
Trekking Mencari Tumbuhan dan sumber air
 Belajar "river crossing" 1
 Belajar "river crossing" 2
 Rendam "water confident"
 selepas kena rendam
 Tradisi Kami My_Survival
  Tradisi Kami My_Survival
 Selesai Sudah
 Belimbing Tanah
 Paku Sakat
Peserta dan anaknya  
Program lanjutan asas ikhtiar hidup tahap satu (siri 6) adalah untuk melahirkan lebih ramai peminat rekreasi yang berilmu dalam dunia survival ini. Proses pembelajaran dijalankan secara berperingkat-peringkat agar peserta lebih mahir dan tidak terbeban dengan pengajaran yang banyak dan melulu. Dengan demikain peserta dapat memahirkan iimu yang dipelajari dan mempraktikan sebelum melangkah ketahap seterusnya iaitu level 2 dan 3 (advance). Program ini dijalankan pada 29 April 2018.
            Tujuan program adalah untuk menyedarkan perserta kepentingan ilmu pengetahuan ikhtiar hidup didalam dunia rekreasi. Tidak kira apa sahaja cabang rekreasi yang diceburi seperti pendaki gunung, malim gunung, pemancing atau sebagainya, dengan adanya pengetahuan asas berkaitan ikhtiar hidup pasti dapat membantu disaat ditimpa bencana seperti sesat dihutan atau darurat.
         "Ingat yer, Orang baru atau lama bukan pengukur utk meletakan anda di satu tahap atas atau bawah, hanya ilmu yang akan menentukan siapa yang kuat dan berjaya untuk hidup"

"Bukan nak jadi pandai, tapi berguna di saat kecemasan"

Peserta mempelajai teori dan praktikal:

  1. Teori ikhtiar hidup dan berkaitan
  2. Pengenalan kepada "fire starter, Tools Kit, first aid dan berkaitan
  3. Pengenalan kepada teknik penggunan parang dan pisau dengan betul
  4. Praktikal menghidupkan
  5. Praktikal memasak mengunakan messtin/buluh atau lain-lain
  6. Pengenalan kepada tumbuhan yang selamat untuk dimakan
  7. Mencari sumber air bersih
  8. Asas Ikatan Tali Temali
  9. Pemasagan "Tarp"@ flysheet dengan betul
  10. Pengenalan pemasagan kemah semasa kecemasan mengguna ponco
  11. "River crossing"
  12. Game
Sekian terima kasih
(09042018)
Sam Lusuh

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : mysurvival2u@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam), 019-213 3044 (fadzlee)

lusuh adventure@My_Survival
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.mysurvival2u.blogspot.com
w:www.lusuhadventure.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Post a Comment