Tuesday, March 27, 2018

Berjayanya kelas Survival Tahap Satu Siri 5 (25/03/2018)

As-salam..

          Selesai sudah semalam 25/3/2018 Siri 5 kelas Survival tahap 1, anjuran My_Survival. Semoga ilmu yang di pelajar menjadikan Kita , pecinta rekreasi yang berilmu, terutama dalam ilmu Survival.
        Disertai oleh meraka yang datang dari berbagai latar belakang dan umur yang berbeza dari golongan mahir sehinggalah budak sekolah. Program yang berjaya memuaskan hati para peserta dan ia juga menambah satu pengalaman yang berbeza dari dunia rekreasi yang meraka lalui.
"Ingat yer, Baru atau lama bukan pengukur utk meletakan anda di satu tahap atas atau bawah, hanya ilmu yang akan menentukan siapa yang kuat"
temuramah dengan peserta
proses berhias..

Dingin Malam Di Kem

Menunggu dengan sabar

Tugasan Masak Nasi Guna Kelapa
Asas Tali
                                                                 Persedian untuk api
Pembahagian Markah
Makan Dengan Senyum hasil masakan sendiri
Trekking Mencari Tumbuhan dan sumber air
Praktik "River Crossing"






Selesai Sudah

Program lanjutan asas ikhtiar hidup tahap satu (siri 5) adalah untuk melahirkan lebih ramai peminat rekreasi yang berilmu dalam dunia survival ini. Proses pembelajaran dijalankan secara berperingkat-peringkat agar peserta lebih mahir dan tidak terbeban dengan pengajaran yang banyak dan melulu. Dengan demikain peserta dapat memahirkan iimu yang dipelajari dan mempraktikan sebelum melangkah ketahap seterusnya iaitu level 2 dan 3 (advance). Program ini dijalankan pada 28 Mac 2018.
            Tujuan program adalah untuk menyedarkan perserta kepentingan ilmu pengetahuan ikhtiar hidup didalam dunia rekreasi. Tidak kira apa sahaja cabang rekreasi yang diceburi seperti pendaki gunung, malim gunung, pemancing atau sebagainya, dengan adanya pengetahuan asas berkaitan ikhtiar hidup pasti dapat membantu disaat ditimpa bencana seperti sesat dihutan atau darurat.

"Bukan nak jadi pandai, tapi berguna di saat kecemasan"

Peserta mempelajai teori dan praktikal:

  1. Teori ikhtiar hidup dan berkaitan
  2. Pengenalan kepada "fire starter, Tools Kit, first aid dan berkaitan
  3. Pengenalan kepada teknik penggunan parang dan pisau dengan betul
  4. Praktikal menghidupkan
  5. Praktikal memasak mengunakan messtin/buluh atau lain-lain
  6. Pengenalan kepada tumbuhan yang selamat untuk dimakan
  7. Mencari sumber air bersih
  8. Asas Ikatan Tali Temali
  9. Pemasagan "Tarp"@ flysheet dengan betul
  10. Pengenalan pemasagan kemah semasa kecemasan mengguna ponco
  11. "River crossing"
  12. Game
Sekian terima kasih
(27032018)
Sam Lusuh

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : mysurvival2u@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam), 019-213 3044 (fadzlee)

lusuh adventure@My_Survival
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.mysurvival2u.blogspot.com
w:www.lusuhadventure.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Post a Comment