Saturday, May 6, 2017

Kehidupan Marin Yang Berbisa

As-salam...@hai...
       Jika anda berminat dengan sukan air terutama air masin, berhati-hatilah dengan kehidupan marin yang berada di permukaan dan di dalamnya. Ternyata ada yang nampak sangat cantik dan menarik , tetapi hakikatnya ia mempunyai bisa yang amat menyakitkan dan ada yang boleh membawa maut. Sebenarnya semua itu adalah senjata untuk meraka mencari makanan dan juga mempertahankan diri. Di penulisan ini membicarakan 11 jenis Kehidupan marin tersebut yang kebiasaan di jumpai.
1. Ikan Depu@lepu
•Merupakan spesis ikan laut yang beracun tergolong dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae
•Bebagai warna dan bercorak-corak
•Boleh dijumpai dikawasan berlumpur, karangan dan batuan. 
•Boleh membesar (panjang) sehingga diameter 30 cm 
•Sirip diliputi duri tajam beracun dan menyebabkan kesakitan jika tersentuh.

2. Stone Fish(batu karang atau dornorn)
•Banyak terdapat di perairan tropika, lautan Pasifik dan Lautan Hindi. 
•Stone Fish (Synanceia verrucosa), tinggal di dasar terumbu karang, dan kelihatan sebagai batu. 
•Ukuran panjang sekitar 30–40 cm.
•Mempunyai Kadar Bisa Yang Sangat Tinggi (paling beracun).Sengatannya menyebabkan kesakitan di anggota badan, mematikan tisu dan boleh menyebabkan mangsa menjadi lumpuh.
•Ikan Ini Menyimpan Racunnya Di Dalam Tetulang Di Badannya. 

3. ikan Pari
•Ikan Pari (Dasyatidae), Banyak didapati di perairan tropika, dan merata dunia dari laut hingga ke pantai dan terdapat dua jenis iaitu air masin dan tawar.
•Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari di dunia. 
•Pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch (kurang atau lebih) yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam.
•Ia melindungi dirinya di dalam pasir atau lumpur di dasar Laut, 
•Tidak merbahaya kepada manusia, tetapi apabila terpijak ikan ini atau tersilap mengedalikan ikan ini jika menangkapnya, tajinya akan menusuk kaki atau melukakan tangan, boleh menyebabkan rasa sakit yang kuat. 
4. Scorpion Fish
•Keluarga Scorpaenidae. Ikan yang mempuyai sengat beracun dan amat berbisa di dunia. Bisanya terletak pada duri (sengat) yang tajam disirip,kepala dan badan
•10 subfamilies dengan sejumlah 388 spesies,
•Tinggal di kawasan karangan dan batuan.
•Boleh ditemui di kawasan tropika dan sederhana dan di perairan cetek.
•Sengatannya boleh membawa kepada Kematian 

5.Obor Obor/ubur-ubur/ampai-ampai (yang Sengatan berbisa)
•Terbahagi kepada lima jenis iaitu Chironex fleckeri, Chiropsalmus buitendijki, Chiropsalmus quadrihatus, Chrysaora quinquecirrha dan spesis Physalia, Chironex fleckeri. Boleh didapati hampir di seluruh lautan di dunia.
•merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, dan bentuk ampai-ampai dewasa terdiri daripada 95-99% air.
•Menyegat melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil 'nematosit'. Untuk melumpuhkan sumber makanan seperti ikan
•Amat menyakitkan ditempat sengatan dan boleh menyebabkan lumpuh kepada manusia atau kematian.
•Obor-obor yang paling berbisa ialah Chironex fleckeri, ia boleh menyebabkan kematian dalam jangka masa 15 minit sahaja jika lambat dirawat.

6. Landak Laut (Echinoidea)
•Landak Laut (Echinoidea) berbentuk bulat dan seluruh permukaannya ditutupi duri yang sangat tajam dan rapuh dan terbahagi kepada 950 spesies.
•berwarna hitam dan dipenuhi dengan duri yang panjang dan boleh mencapai 25 cm
•Boleh ditemui di seluruh dunia, dan terutama dikawasan perairan bersuhu tropika.
•Mudah ditemui di permukaan berpasir,batuan atau karangan.
•Jika perpijak, duri-duri yang berbisa akan melekat dikaki dan memasuki kulit dan mengakibatkan kesakitan dan boleh menyebabakan kesukaran bernafas, mual dan sakit dada 
•Keluarkan duri-duri ini jika terpijak dan kepusat kesihatan jika gagal mengeluarkan duri tersebut.

(NOTE: kaedah mudah mengeluarkan duri halus tersebut, ialah dengan menitik lilin cair di tempat sengatan, tunggu kering dan tanggalkan lilin dari kulit, pasti duri landak laut akan tertanggal sekali)
7. Mahkota Berduri
•Terdapat dalam 20 species dan boleh membesar sehingga diameter 60 cm dan mempunyai sehingga 16 lengan.(sirip).
•Boleh dijumpai di celah formasi kawasan karangan dan batuan.
•Berwarna biru-kelabu dengan jejari hujung berwarna oren kekuningan. 
•Disetiap lengan diliputi duri tajam beracun dan menyebabkan kesakitan jika tersentuh.
•Badannya juga diliputi dengan lendir yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit manusia jika tersentuh.

8. Cone Shell/Cone Snell
•Terdapat 600 spesies dan semuanya dikelaskan di bawah satu genus, Conus, dalam satu keluarga “Conidae”.
•Mempunyai corak yang menarik dan berwarna garang. 
•Cengkerangnya berbentuk kon, bertompok-tompok kekuningan dan kehitaman.
•Ia adalah karnivor, dan pemangsa. Makanannya ialah cacing marin, ikan kecil, moluska, dan cone shell.
•Tinggal dan bersembunyi di kawasan dasar laut, dan akan menyegat jika diganggu.
•Bahaya kepada manusia, bisanya boleh menyebabkan mangsa lumpuh dan menanggung kesakitan yang teruk.

9. Fire Coral
•Bukan karang sebenar, tetapi mempamirkan cirri-ciri fizikal sama sepeti batu karang. Ia adalah keluarga Milleporidae.
•berwarna kuning-hijau dan coklat terang, mempunyai hujung cabang yang licin dan berwarna kekuningan. Ia boleh dijumpai meluas di perairan tropika dan subtropika
•Jika tersentuh, mangsa akan alami kesakitan yang kuat, dan dapat dirasainya dari dua hari hingga dua minggu. 
•batu karang api mengandungi sesungut yang menonjol dari banyak liang permukaan (sama terhadap sengatan obor-obor). 
•Boleh ditemui di kawasan karang. Ia kelihatan seperti karang bercabang pendek. Namun berjaga-jaga, pada setiap cabang saya mempunyai polip yang menyengat.
10. Timun Laut
•Terdapat lebih dari 1200 jenis, boleh dijumpai diserata dunia.
•Ia bergerak yang perlahan, hidup pada dasar berpasir, lumpur dan terumbu karang.
•Berbagai warna mengikut kumpulan sepsis tertentu.
•Ia akan mengeluarkan bendalir putih yang boleh menyebabkan kegatalan atau keradangan jikakalau diganggu/terancam.
•Ada juga menjadi sumber makanan dan ubatan kepada manusia (yang selamat dimakan)

11. Bristle worm
•Ia adalah keluarga phyllodocid dan boleh ditemua diseluruh dunia.
•Sejenis cacing yang kecil mempunyai kepanjangan sehingga 14 cm. 
•Mempunyai bulu-bulu yang pendek pada setiap segmen badan dan jika terkena sengatan boleh menyebabkan alahan dan kerengsaan pada mangsa.
•Boleh ditemuai pada celah-celah batu dalam kawasan alga. 

Tindakan sementara jika terkena sengatan dari semua diatas(bergantung kepada jenis haiwan marin yang menyegat)

1.Membasuh dengan air laut kawasan yang terkena sengatan 
2.Membasuh dengan air panas 
3.Gunakan cuka campuran 50% (rendam atau basuh).
4.Guna (baking powder- sodium bikarbonat) ke atas tempat sengatan (basuh atau rendam).
5.Asid borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.( Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan)
6.Ada juga menggunakan air tembakau, basuh dikawasan sengatan (Obor-obor)
7.Ambil pil tahan sakit seperti Mefenamic Acid (ponstan) atau sejenisnya.
8.Gunakan krim atau makan ubat mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) 
9.Akhir sekali bawa jumpa doctor jika sakit masih berlarutan.

         Sebenar banyak lagi hidupan marin yang berbisa seperti jenis ikan duri seperti Ikan sembilang, ikan lain seperti Todak, Buntal, dan beberapa species yang lain. Apa yang harus dilakukan ialah mencari maklumat mengenainya dan berwaspada. Semoga anda mendapat maklumat dari penulisan ini. Di harap jika anda melakukan aktiviti air, terutama air masin anda telah bersedia dengan kelengkapan perubatan yang asas atau lengkap supaya jika berlaku sengatan dari kehidupan marin yang ditulis di atas anda anda ubatnya. 



Sekian terima kasih. 



Lusuh Adventure
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(selasa 05-05-2017)
Disusun/tulis : Sam Lusuh


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


Sumber rujukan:
>Wikipedia
>Gambar google search (internet)
>http://www.dmpm.nre.gov.my/modul_haiwan_berbahaya.html?uweb=jtl
>http://rekreasiluar.blogspot.my/2011/03/info-berkaitan-ular.html
>https://ms.wikipedia.org/wiki/Ular_Kapak
>http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=18
>http://www.wildlife.gov.my/images/document/penerbitan
>https://ms.wikipedia.org/wiki/Kala_jengking
>http://id.wikihow.com/Mengobati-Sengatan-Landak-Laut
>Bahaya Obor-obor Oleh Prof. Madya Mohamed Isa Abdul Majid (Utusan Malaysia Sabtu 15 jun 1996)
Post a Comment