Monday, April 3, 2017

As-salam...@hai...

Program Asas Iktiar Hidup (basic Survival) Di Banjaran Sedayu


        Bertarikh 01042017-02042017, telah berlangsung Program Asas Iktiar Hidup (konsep perkonsian ilmu) yang disertai lebih kurang 20 orang peserta yang bertempat di Banjaran Sedayu Batu 12 gombak yang diketuai oleh saudara Cikgu Mohd. Nor Fahmi atau mamu (antara seorang pakar dalam survival skill di Malaysia) dan di bantu oleh saudara Affis dan Taufik. Program ini berbentuk santai dan lebih kepada perkongsian ilmu antara peserta dan fasilitator yang terbabit.

Inilah Barisan Kita Yang Iklas Berjuang...hehehe

      Program berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan keadaan cuaca yang setiasa hujan. Bermula dengan pengenalan diri peserta, teknik pencarian tempat tinggal yang sesuai, cara pemasagan khemah dan Hammock.

          Proses pertama ialah pengenalan apa itu istilah "SURVIVAL" atau Iktiar hidup, faktor berlaku iktiar hidup, dan bagaimana cara menghadapi situasi berikut. Peserta di jelasakan secara terperinci mengenainya.

       Proses kedua pula mengenai peralatan asas "Survival Kit". Perbincagan mengenai kepentingan survival kit kepada setiap peserta yang terbabit, kenapa ia amat perlu, cara mendapatkan iaitu secara membeli yang sediada di pasaran atau secara (DIY), membuat sendiri, element apa yang perlu ada didalam "survival Kit" contoh kompas dan rabok, cara susunan dan terakhir cara pengunaan. Terakhir sekali bab ini ialah tambah baik segala peralatan yang ada dengan idea-idea yang baru.

Bermain dengan fire starter 

           Proses ketiga ialah pengenalan kepada cara pengunaan fire starter@fire rod secara teori dan praktik, penyediaan rabuk (tinder) dari kapas dan buluh dan cara mendapatkan atau menghidupkan api. Seterusnya ialah asas ikatan tali .

Cara mendapatkab rabok dari buluh
Belajar menyimpan rabok dalam straw
Belajar jenis-jenis ikatan 

          Proses keempat ialah teknik pengendalian parang iaitu cara memegang dan pemotongan yang betul dan terakhir adalah cara menghidupkan unggun api. Kebetulan semasa program berjalan hujan turun dengan lebat menyebabkan proses menghidupkan api adalah sedikit mencabar.
Asas persiapan unggun api
Penyediaan Api (mericik kayu)
Unggun api yang dinyalakan

          Kesimpulanya pada pendapat saya, program ini berjaya kerana peserta yang menyertainya amat teruja dan berminat. Walaupun ada dikalangan meraka berpengalaman dalam dunia rekreasi, tetapi menjadi naif dalam survival ini. Semoga semua iimu yang dicurah dijadikan pedoman untuk dimasa hadapan. Sekalung terima kasih kepada mamu dan lain kerana sudi terima kehadiran saya dan sudi mendengar segala pendapat dan lontaran yang dikatakan. Semoga dunia rekreasi kita semakin matang dan selamat. (gabungan ilmu rekreasi dan taktikal menghasilkan ilmu yang hebat hehehehe)


Sam Lusuh
"Give Everything, hoping Noting"
www.lusuh.com.my
(03-02-2017)

Cerita Belakang Takbir....Cerita Belakang Takbir....Cerita Belakang Takbir....

Afis dan Taufik
Saya, Mamu dan Abg Anas
Memanggang ler kita..
Sungai disebelah kem site
Kita bancuh kopi dulu...      

                 
Post a Comment