Wednesday, March 1, 2017

As-salam...@hai...

PenggunaanTumbuhan Hutan Sebagai Ubat Disaat “survival”

Disaat survival@iktiar hidup, kemungkinan jatuh sakit mungkin berlaku di sebabkan keracunan makan,deman atau kecederaan berkemugkinan berlaku. Jika anda telah bersedia dengan ubatan yang sepatutnya di dalam ‘First Aids’, bolehlah anda menggunakannya jika tercedera atau sakit. Tetapi jika anda kehabisan bekalan ubat atau meraka yang tiada membawa “First Aids”, perlulah mencari altenatif lain sebagi penawar kepada kecederaan atau kesakitan yang dialami. Terdapat beribu jenis tumbuhan yang berguna dalam perubatan altenatif tetapi, di dalam penulisan ini saya akan catitkan beberapa tumbuhan hutan yang berguna sebagai ubat. Di sini saya fokuskan 17 jenis tumbuhan dan penggunaan kepada penyakit tertentu sahaja.

Kacip Fatima
Kacip Fatimah
  • Nama lain, Rumput Tadah Matahari dan Belankas Hutan
  • Tumbuh di tanah pamah atau bukit terutama dikawasan lembah  150 meter dari aras laut.
  •  Akar, Batang dan Daun boleh dijadikan ubat
  • Merawat cirit-birit dan sakit sendi, caranya akar kacip Fatimah yang telah dikeringkan direbus dengan 3 sukatan gelas air, dan dibiarkan mendidih hingga tinggal segelas. Minum air rebusan tadi. (RP154)


                                     Paku Tunjuk Langit               Periuk Kera

Paku Tunjuk Langit
  •  Nama lain Jelai
  • Tumbuh meliar di tepi hutan dan kawasan belukar
  • Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat
  • Bahagian razom, merawat Batuk, lemah badan, deman dan disenteri (jangkitan bacteria menyebabkan cirit-birit berdarah dan mukus)
  • Cara penggunaan contoh disenteri, seluruh bahagian Paku Tunjuk langit direbus dengan sukatan air tertentu sehingga tinggal separuh. Air rebusan itu di minum. (RP133)

Periuk Kera
  •  Keluarga Nephenthaceae
  • Tumbuh meliar dan hidup dikawasan hutan primer,skunder dan tanah pamah. Boleh hidup hingga 1,200 meter dari aras laut
  •   Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit, darah tinggi.
  •  Jus batang periuk kera diminum dapat mengurangkan bisa sengatan serangga dan haiwan berbisa.
  •  Akar, batang dan daun pokok kera, mengubati penyakit cirit-birit, batuk dan demam, caranya ialah dengan merebus sehingga mendidih dan minum airnya apabila sejuk. Ia juga apat mengeluarkan kahak dan melegakan batuk.
  • Dapat menyegarkan mata letih atau mencuci dengan syarat menggunakan periuk kera yang belum terbuka. (RP193)


                                  Paku Resam                            Paku Serani
Paku Resam
  •  Tumbuh meliar dan hidup hingga 400 meter dari aras laut
  • Daunnya digunakan untuk merawat deman panas
  • Cara penggunaan, Daunnya diramas didalam bekas berair yang bersih sehingga berbuih, dan sapu air kepada badan untuk menggurangkan panas (RP114)                                       
Paku Serani
  •  Nama lain Rumput Kerangas,Paku Merak, Paku Tanjung, sorok-sorok. Keluarga Lycopodiaceae
  • Tumbuh meliar dikawasan terbuka samada tanah rendah atau tinggi
  • Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat
  • Cara penggunaan, untuk merawat batuk, sakit dada seluruh bahagian paku serani direbus hingga mendidih, disejukkan dan minum. (RP167)

Jerangau
  •  Nama lain Jeringau , Jerangang
  •  Tumbuh meliar dan hidup dikawasan lembab seperti sungai, tasik dan kolam
  •   Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat
  •  Daun digunakan untuk merawat sakit perut, cirit-birit, muntah, asma dan sakit urat.
  •  Rizom merawat sakit perut, cirit-birit, muntah, asma, lelah,deman, sakit kepala, selsema,pendarahan dalaman, dan sakit urat.
  •  Cara penggunaan, Jika deman, pendarahan dalaman dan lelah, Razom direbus dengan 1 gelas air sehingga mendidih dan minum apabila sejuk.
  • Sakit kepala Razom di rebus dengan 3 gelas air sehingga tinggal segelas. Kemudian minum semasa ia panas.
  • Deman panas dan selsema seluruh bahagian jerangau dan dicampur dengan halia bara yang dikupas kulit. Semuanya direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas. Kemudian minum semasa ia panas. (RP38)

Keladi Gajah                            Keladi Merbah
Keladi Gajah
  •  Nama lain Keladi Sebaring
  • Tumbuh meliar dan hidup dikawasan lembab di hutan atau di belukar
  • Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat
  • Daun digunakan untuk merawat sengatan serangga
  • Batang untuk merawat bisul, digigit ular, anjing atau serangga
  • Rizom merawat selsema, panas badan, malaria dan cirit-birit (tidak dinyatakan caranya kerana Rizom keladi beracun, dan merbahaya jika silap cara menggunakannya)
  • Cara penggunaan, untuk merawat bisul, digigit ular, anjing atau serangga, batang Keladi Gajah dihiris nipis dan di salai sehingga panas, kemudian ditampalkan ditempat yang sakit. Hendaklah ditukar selalu apabila telah sejuk hirisan batang tadi.(RP44)

Keladi Merbah
  •   Nama lain Keladi Ular, Keladi Candik. Keluarga Araceae
  •  Tumbuh meliar dan hidup dikawasan lembab di hutan atau di belukar
  •   Batang untuk merawat kayap dan luka
  •  Cara pengunaan, jika terluka, siat kulit batang Merbah dan di ikat pada tempat kecerderaan tadi dan dibalut dengan kain.(RP46)

Lembah Rimba (Lemba)
  •   Nama lain Lumbah Rimba, Lumbah Padi. Keluarga Amarylidaceae
  •  Tumbuh meliar dan hidup dikawasan lembab di hutan atau di belukar
  •  Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat
  • Cara pengunaan, jika Lemah badan, kencing tidak lawas, sakit perut, asma. Rebus akar dan daunnya, dan rebus hingga air tinggal separuh. Minumlah air rebusan tersebut.
  • Jika demam panas rendamlah daun, pucuk dan akarnya dalam cawan dengan air panas. Biarkan sejuk dan minum
  • Jika sakit mata sakit, merah atau bengkak, rebus pangkal pokok lemba, di biar sejuk dan airnya digunakan untuk mencuci mata tersebut.(RP101)

Pokok Duit-duit
  • Nama lain Sisik Naga. Keluarga Polypodiaceae
  • Tumbuh epifit dimana hidup menumpang dipokok lain. Hidup di dataran rendah hingga paras 1000 meter dari aras laut.
  • Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat seperti cirit-birit, sakit perut, batuk, digigit ular, kanser payu dara, pendarahan
  • Cara pengunaan, Contoh hentikan pendarahan 30 gram daun duit-duit segar ditumbuk lumat dan ambil airnya. (lakukan 3 kali sehingga sembuh sepenuhnya) (RP219)
Pokok Putat Nasi
  • Nama lain Putat India, Putat Sawa Pokok Gajah Beranak. Keluarga Lecythidaceae
  • Tumbuh meliar dan hidup dikawasan lembab di hutan di tebing sungai atau di belukar.
  • Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat
  • Cara pengunaan, jika cirit-birit, rebus akar atau daunnya. Minumlah air rebusan tersebut.
  • Kulit gatal, gunakan kulit batang, daun dan akar. Tumbuk hingga lumat dan tempekakkan di kawasan bermasalah. Jika luka, tumbuk lumat batang putat dan di lekapkan di luka tersebut.
  • Air rebusan dari kulit pokok atau getahnya (cecair) boleh digunakan untuk masalah luka,kudis dan sengatan serangga berbisa dengan cara menyapu air rebusan atau cecair dari pokok dikawasan bermasalah (RP73)
Pokok Gaharu
  • Nama lain Karas, Tengkaras . Keluarga
  • Tumbuh meliar dan hidup dikawasan hutan primer,skunder dan tanah pamah. Boleh hidup hingga 750 meter dari aras laut
  • Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat
  • Akar untuk merawat deman malaria, tak lawas buang air besar, busung
  • Batang untuk merawat Senak perut, deman Malaria, sembelit
  • Daun untuk merawat muntah,asma, cirit-birit, sakit perut, demam panas, malaria, kencing tidak lawas.
  • Resin bersifat anti jangkitan, antiseptik,antibiotik, menghentikan pendarahan, mengurangkan kesakitan
  • Cara pengunaan, jika muntah,asma, cirit-birit, sakit perut, demam panas, malaria. Batang kayu gaharu direbus dengan air secukupnya sehingga mendidihkan. Sejukan dan minum air rebusan tadi.
  • Cara pengunaan, jika malaria, sembelit . Akar dan batang gaharu direbus dengan tiga gelas air dan di didihkan hingga tinggal segelas. Minum air rebusan tadi. (RP60)
Pokok Tongkat Ali
  • Nama lain Payung Ali, Penawar Pahit, Bendara Pahit, Petala Bumi. Keluarga Simaroubaceace
  • Tumbuh meliar dan hidup dikawasan hutan primer,skunder dan tanah pamah. Boleh hidup hingga 1,200 meter dari aras laut
  • Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat
  • Akar untuk merawat lemah tenaga batin, dipatuk ular berbisa, kulit gatal, cirit-birit, deman panas, sakit pinggang, tekanan darah tinggi, badan lemah.
  • Batang untuk merawat deman Malaria
  • Daun untuk merawat luka, kudis, kulit gatal.
  • Cara pengunaan, jika lemah tenaga batin, akar tongkat Ali direbus dengan tiga gelas air dan di didihkan hingga tinggal segelas. Minum air rebusan tadi. JIka dipatuk ular berbisa, asah akar tongkat ali dibatu rata, dan serta sedikit air agar dapat hasilkan “Paste” pekat. Sapulah bahagian yang di patuk tadi.
  • Cara pengunaan,. merawat cirit-birit, deman panas, sakit pinggang, tekanan darah tinggi, badan lemah, ambil akar tongkat Ali direbus dengan tiga gelas air dan di didihkan hingga tinggal segelas. Minum air rebusan tadi. (RP60)
  • Untuk kulit gatal dan kudis, rebus daun dan akar, sejukkan dan basuh dibahagian yang bermasalah. Untuk luka, lumatkan daunnya dan lekapkan pada bahagian yang luka. (RP123)
Pokok Tembusu
  • Nama lain Tembusu Hutan, Tembusu Padang, Tembusu Tembaga. Keluarga Loganiaceae
  • Tumbuh meliar dan hidup dikawasan hutan primer, skunder dan paya bermusim.
  • Daun, kulit dan buah dijadikan ubat
  • Daun untuk merawat berak berdarah, deman panas. Caranya berak berdarah daun pokok direbus hingga mendidih, sejukkan dan minum. Jika demam panas buah tembusu dan daun direbus bersama hingga mendidih, sejukkan dan minum.
  • Merawat deman panas dan malaria, kulit batang tembusu direbus dengan tiga gelas air dan di didihkan hingga tinggal segelas dan minum air rebusan tadi apabila sejuk(RP125)

Pokok Senduduk
  • Keluarga Melastomataceae
  • Tumbuh meliar dan hidup dikawasan belukar, tanah terbiar atau hutan yang diteroka dan kebun-kebun.
  • Buah boleh dimakan
  • Daun untuk merawat luka, pendarahan dan bengkak. Caranya daun muda pokok Senduduk dilumatkan dan disapu pada tempat bermasalah. Untuk atasi cirit-birit, makan mentah pucuk muda.
  • Akar direbus dan berkumur dengannya mengurangkan sakit gigi. (RP175)
Pokok Petai
  • Nama lain Kacang Pahit, kacang Busuk Keluarga Fabaceace
  • Tumbuh meliar dan hidup dikawasan tanah,skunder dan tanah pamah.
  • Isi petai, membekal tenaga segera, mengurangkan tekanan darah tinggi, pedih hulu hati, masalah sembelit dan mengurang “stress”.
  • Kulit buah petai, untuk mengurangkan kesan gatal dan bengkak akibat gigitan serangga atau nyamuk. Kulit petai digosokan ditempat yang gatal atau bengkak.

Pokok Senduduk bulu
  •   Nama lain kenduduk Bulu, Senduduk Ranting. Keluarga Melastomataceae
  • Tumbuh meliar dan hidup dikawasan hutan dara, belukar dan kebun-kebun.
  • Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat
  • Buah boleh dimakan
  •  Daun untuk merawat luka. Caranya daun pokok dilayukan menggunakan api, digentel sehingga menggeluarkan getah, dan getah itu disapu pada tempat terluka. Untuk menghentikan pendarahan gigitan pacat, dauh pokok di gamas hingga hancur dan digosokkan tempat gigitan tadi.
  • Daun boleh menghasilkan buih, berguna untuk membasuh tangan dan peralatan jika perlu.
  • Daun dan akar direbus untuk mengurangkan masalah perut
  • Rebusan akar untuk meredakan deman(panas badan) akibat keracunan

Semoga para pecinta rekreasi mendapat info berguna dari penulisan ini. Perlu di ingat, penggunaan tumbuhan herba ini hanyalah pilihan kedua dalam perubatan. Dicatit secara ringkas agar anda mudah memahaminya. Untuk lebih meyakinkan penggunaan herba ini, lakukanlah kaji selidik lebih mendalam, dan dapatkan nasihat orang-orang lama atau meraka yang pakar.


Sekian terima kasih. 


Lusuh Adventure
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(selasa 01-03-2017)
Gambar: Sumber internet
Disusun/tulis : Sam Lusuh

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)



Rujukan :
Siti Fauziah Yusof (Tumbuhan Ubatan Liar Di Sekeliling Anda-2010)
Abdul Aziz Bidin (Paku-pakis Ubatan Di Semenanjung Malaysia-2015)
Nasnan Jajuli (Herba Berpotensi Di Malaysia-2013)
Internet.

10
Post a Comment