Saturday, September 24, 2016

19Teknik Mencari Arah Utara

As-salam...@hai...


Add caption


Kali lusuh akan ceritakan pula teknik mencari arah Utara. Mencari arah utara ini penting dalam navigasi, terutama untuk peta. jadi harap kita semua dapat ilmu dari usaha ini ok dan bersama-sama mengamalkannya.


1.Dengan melihat tumbuhan 'lumut; yang selalunya akan tumbuh  pokok atau batu yang tebal di bahagian dibahagian timur matahari terbit dan tumbuh nipis di sebelah barat (arah barat matahari terbenam) pada sebelah belakang.
NOTA: 
Tidak semua jenis lumut akan menghadap sinaran matahari terbit, ada juga yang tumbuh menghidar sinar matahari terbit atau terbenam. ini bermakna ia akan tumbuh arah utara dan selatan. cara mengatasinya ialah dengan merasa bahagian pohon atau batu yang sebelah mana lebih panas. dan lebih tepat jawapannya jika dilakukan sebelah senja atau waktu malam. Jika malam sebelah bahagian yang panas itulah arah barat.


2.Dengan melihat sarang labah-labah (spider). Dimana sarang akan selalunya dibina ke sebelah arah selatan pokok. Jadi tahulah arah utara.


3.Dengan menggunakan jam tangan anda. Caranya seperti berikut:

a. Pegang jam tangan di dihadapan badan anda dan pastikan jarum pendek jam menghala ke arah matahari. Daripada angka pukul 12:00 ke jarum pendek, bahagi kepada dua bahagian (seperti garisan oren dalam rajah di atas).


b. Jikalau waktu  itu sebelum jam 6 pagi atau selepas 6 petang, bayangkan satu garisan  di jam anda contoh seperti garisan oren dalam gambar, itulah menunjuk ke arah utara. Waktu dalam gambar di atas ialah 1:25 petang, maka garisan oren menunjukkan arah selatan.


c. Jika anda memakai jam tangan digital, lukiskan jam dalam sekeping kertas, dan ikut cara yang ditunjukkan seperti rajah di atas.



Pehatian untuk semua, cara di atas ini hanya sesuai untuk kawasan hemisfera utara sahaja. Untuk hemisfera selatan, caranya ialah seperti dalam rajah dibawah.

4.Dengan memggunakan kayu lurus (stick), Pacakan kayu itu secara menegak,dan tandakan dimanakan hujung bayang itu berada, kemudian tunggu 10 hingga 15 minit, kemudian tanda pula pada hujung bayang yang terakhir itu. Buat satu garisan lurus antara dua tanda tersebut dan anda telah dapat arah timur dan barat. Untuk mencari utara letakan kaki kiri anda pada tanda petama yang anda buat (barat), dan kaki  kanan anda pada tanda bayang terakhir yang ditanda (timur). Ok sekarang anda menghadap UTARA, lihat ganbar dibawah.


5.Dengan mencari bintang timur (north star-polaris), jika di hamisfera utara carilah bintang ini, Bintang ini dapat dikenali sebagai North star kerana ia yang paling terang bercahaya ' in handdle of little dipper'. jika lihat bintang ini,sekarang anda telah menghadap Utara. Lihat gambar dibawah.
6.Jika di hamisfera selatan, carilah bintang 'southern cross'.Bintang ini terbentuk dengan lima bintang dan empat yang paling terang yang membentuk cross. Yang paling bawah dari empat bintang yang membentuk cross itu ialah arah selatan, dan pasti anda tahu dinama arah utara.

7.Dengan melihat matahari terbit dari timur, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah barat,arah utara pula sebelah kiri anda.


8.Dengan melihat matahari terbenam ke barat, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah Timur,arah utara pula sebelah kanan anda.



9.Dengan melihat pergerakan awan,kebiasaannya ia akan bergerak dari barat ke timur (tidak berlaku disesetengah kawasan)



10.Dengan melihat pergerakan haiwan atau memerhati sarang burung yang lebih cenderung ke arah barat (+/-)



11.Dengan melihat tumbuhan yang menumpang (melilit) perhatikan dipenghujungnya (pucuk) yang lazimnya ke arah barat.



12.Dengan guna kompas jer...cari utara senangkan



13.Dengan menggunakan sistem GPS dan jam digital...carilah utara



14.Dengan mengetahui arah kiblat melalui bintang contoh gambar dibawah caranya carilah bintang rigel dan Bellatrix ia menunjukkan arah utara.


Teknik 15 (tambahan 24/09/2016)
>melihat bayang pada kayu, pacak kayu di tanah dikawasan lapang, jika pagi menuju tengahari , bayangan condong kearah barat, jika petang menuju malam, bayangan condong kearah timur. maka kita boleh cari arah utara.

Teknik 16 
>Melihat Masjid atau kuburan islam, pasti arah barat (mihrab), jika di luar negara lihat gereja atau kuburannya pasti menghadap arah barat, jadi anda pasti tahu arah utara

Teknik 17
>Guna jarum caranya mudah, gosokan jarum kepada magnet atau barang yang kering seperti kain sutera, rambut,batu atau besi. Ia bertujuan agar jarum berubah menjadi bermagnet, kemudian letakan jarum diatas daun dan diletakan pula dipermukaan air, dan terapung (rujuk gambar). hujung jarum pasti menunjuk arah utara atau selatan. 
Teknik 18
>Jika dimalam hari, carilah pokok yang agak terdedah kepada cahaya matahari, rasalah bahagian mana yang lebih panas, maka itulah arah barat. Jika sudah tahu mana barat dan timur pasti anda tahu arah utara.

Teknik 19
>Carilah pokok pandan yang terdedah kepada cahaya matahari, kebiasaan arah dauhnya adalah kearah timur.



Hanya 18 arah utara sila taip diruangan komen tu. Sekarang anda semua dah membaca dan faham.Harap dapat sebarkan ilmu ini kepada kawan-kawan dan keluarga. Ia mungkin amat berguna pada masa atau waktu yang kita atau rakan ditimpa musibah dihutan Yang benar dari Allah dan yang salah dari saya, maaf jika ada kesilapan dalam penulisan saya. selamat membaca.

.

sekian terima kasih

Lusuh Adventure
220309 1241
http://lusuh.multiply.com
(update 22032018)
Sam Lusuh
www.lusuh.com.my

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


Post a Comment