Friday, July 24, 2015

Teknik atau cara menggunakan kompas pada peta (asas) bahagian kedua

As-salam...@hai...
(penulisan ini adalah sambungan daripada 'Sejarah kompas dan teknik menggunakan kompas dengan betul (asas)-bahagian pertama')

Peta (map)

Sebelum kita  teruskan cerita cara menggunakan kompas pada peta, mari kita itu mari kita lihat apa itu peta ?. Ia ialah lukisan diatas kertas atau 'soft copy' gambaran tanah yang diambil dari udara. Ia melalui proses gambar udara yang disatukan dengan maklumat-maklumat yang tepat dan sukatan yang tertentu. Peta mengandugi maklumat keadaan permukaan muka bumi


Tujuan membaca peta
1. Supaya dapat mencari jalan di merata-rata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah dan peta

2. Agar dapat memahami keterangan yang terdapat dalam peta

3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam memnyampai maklumat memgenai pergerakan dan kedudukan.


Jenis-jenis peta
-Peta jalan
-Peta bandar
-Peta pemerintah
-Peta fizikal
-Peta Topografi


Teknik asas menggunakan kompas dan peta 
Pertama sekali ialah memastikan kemanakah yang hendak anda pergi.(arah yang hendak ditujui).Ikuti segala prosudure yang telah ditetapkan contoh:

(a) perhatikan di peta anda dimanakan arah utara 
(b) Fahami sedikit bentuk muka bumi yang yang anda akan lalui, 
(c) Merangcang untuk memudahkan untuk sampai ke distinasi.

Sebelum itu kita lihat kembali kompas dan fungsinya, lihat gambar 1 dibawah:

                                                     Gambar 1
Langkah Pertama:
1.Letakan kompas anda dipeta, tandakan tempat yang hendak ditujui, berdasar bering yang diberi atau melalui pandangan (ingatan) sahaja, buat satu garisan di peta (jika perlu). Selarikan kompas anda dengan garisan yang anda buat dipeta contoh 'point A' ke 'point B'. peta) rujuk gambar 2 dibawah.



Gambar 2



2.kedudukan anda ialah di 'point A' jangan silap, lebih baik lukis 'arrow' (jika perlu) pada garisan untuk menuju ke 'point B'.


3.Dari 'point A' anda boleh menentukan jarak ke'point B', menggunakan skala pada kompas anda atau berdasar grid yang diberi pada peta (jika ada).


Langkah Kedua:

1.Kukuhkan kedudukan kompas diatas peta agar "base plate" kompas tidak lari kedudukan


2.Pusingkan "rotating capsule"@"kompas housing",sehingga penunjuk Utara dan selatan di bahagian atas "rotating capsule"@"kompas housing" sama arah dengan garisan arah Utara di peta. Rujuk gambar 3 dibawah.

                                                             Gambar 3

3.pastikan kedudukan anak panah  dibahagian bawah "capsule point" sama arahnya dengan arah utara didalam peta. Anda bualah sedikit pembetulan untuk ketepatan jika perlu.



Langkah Ketiga:

1.Pegang kompas ditangan anda dan fokuskan dihadapan anda.Pastikan"base plate" dalam keadaan rata ditangan anda dan arah anak panah lurus dan menunjukan tempat yang ditujui.rujuk gambar 4 dibawah.
                                                             Gambar 4

2.Pusing badan anda dan sehingga utara dan selatan dibahagian atas "capsul" sebaris atau selari dengan jarum magnatik dan warna penanda merah dibahagian bawah jarum kompas adalah sama arah dengan anak panah.

3.kini arah anak panah pada "base plate" akan terarah ketempat yang anda hendak pergi

Perhatian untuk semua:
Perhatian satu: Sekarang anda telah fokuskan tempat yang anda hendak pergi. Anda kena pastikan "bering" yang betul agar tidak tersasar. Dihadapan anda mungkin terdapat halangan contoh paya, kawasan merbahaya dan sebagainya. Jadi untuk mengatasi perkara ini, anda kena "marking" sesuatu objek dihadapan anda contoh pokok atau apa saja, diseberang tempat bahaya yang anda elakan. kemudian pergilah ketempat yang anda "marking" tadi. contoh 1 lihat gambar 5 dibawah:


                                                     Contoh 1 (gambar 5)

Contoh 2, pula menggunakan teknik bering 90 darjah, katakan anda diberi susut 50 darjah untuk ke tempat yang hendak ditujui. tetapi dihadapan anda ada halagan.ok, untuk mengatasi masalah  ialah dari point anda berada, buat satu bering baru iaitu 90 darjah bermakna arah belok itu ialah 50 d + 90 d =140 darjah, dan berjalanlah disamping mengira jumlah langkah anda untuk melepasi sesuatu halangan itu. setelah yakin telah lepas kawasan bahaya itu, kembali semula pada bering 50 darjah disepanjang sempadan halangan.setelah pasti halangan lepas, kembali pula pada menggunakan bering 90 darjah. Untuk kembali kepada perjalanan asal gunakan 'back bering' iaitu 140 d + 180 d = 320 darjah. Perhatian ingat semula jumlah langkah anda contoh 100 langkath atau 200 langkah kaki , dan pasti anda akan tiba tempat yang ditujui. Rujuk gambar 6 dibawah:


                                                   Contoh 2 (gambar 6)

contoh 3, ialah menggunakan tanda di peta. Apabila terdapat halangan perhatikan peta untuk mencari arah memesong. Tentukan ada dua tanda panduan dipeta dan ditanah yang didapati di sepanjang perjalanan. Satu sebelum halangan dan satu lagi selepas halangan. Semasa tiba awal dihalangan ambil bering tanda pertama dan berjalan kearah tanda panduan tersebut. apabila tiba di tempat ditujui bering pula ketanda panduan kedua selepas halangan dan terus berjalan kesitu. Rujuk gambar 7.


                                                Contoh 3 (gambar 7)

Perhatian dua, semasa anda berjalan atau berlari kekawasan yang ditujui, kemungkinan kompas "capsul", secara tidak sengaja terpusing. oleh itu periksa selalu dari masa kesemasa agar anda tidak tersasar


Perhatian tiga: Ingat semua perbezaan diantara jarum magnetik yang pastinya akan menunjuk arah utara dan "derection arrow" (anak panah penunjuk kompas) yang akan menujukan arah yang hendak ditujui.


Ok cukup disini yang dapat lusuh ceritakan perkara asas dalam pengunaan kompas di peta.Jika ada kesalahan sila tegur ok. Jika anda hendah lebih ilmu lagi pasal kompas ini,ambil kursus mengenainya.

Lusuh Adventure
210409 2043
(di kemaskini semula pada 24 julai 2015  9.00am)
http://lusuhadventure.blogspot.com
website: www.lusuh.com.my
http://lusuh.multiply.com


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Post a Comment