Tuesday, October 28, 2014

As-salam...@hai...

Sejarah kompas dan teknik menggunakan kompas dengan betul (asas)-Bahagian pertama



Sejarah awal kompas ialah ia telah dicipta secara sainstifik dizaman dinasti song di negeri China pada abad ke sebelas.Namun begitu terdapat catatan sejarah ia telah dicipta lebih awal iaitu pada abad ke empat berdasarkan sastera kuno cina dalam buku 'Book of the Devil Valley Master' .Pengunaan kompas oleh pelayar  eropah hanyalah pada 1300 masihi. Tujuan sebenar kompas dicipta ialah sebagai alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapat arah sebenar di muka bumi. Pengunaan kompas penting bagi ahli pelayaran ia adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Secara asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.

Setelah anda tahu sejarah kompas, kita lihat pula jenis-jenis kompas  idan gambarnya. Ia digunakan sejak zaman berzaman sehingga lahirnya kompas yang moden (jenis prismatik dan biasa), jenis kompas tersebut ialah kompas pelaut, kompas gegasing, kompas falak dan kompas moden berasaskan cecair ,magnet dan teknologi GPS lihat gambar dibawah:



Kebaikan dan kekurangannya:Kebaikan:

1.Kompas boleh digunakan sebagai penyelang (protector) bagi tujuan menyukat sudut(bering)
2.Jarum Utaranya cepat dan mudah berhenti3.Ringan dan mudah dibawa dan digunakan.

Keburukan:
1.Kompas hanya dapat sudut hampir ke 1.4 darjah sahaja (25 mills)


Kegunaan Kompas:

1.Mencari arah Utara2.Menentukan kedudukan peta3.Menyukat bering (sudut)

Teknik menggunakan kompas:
Perkara pertama ,apabila mahu menggunakan kompas ialah belajar mencari arah utara, selatan,barat dan timur juga arah lain seperti barat daya dan lain-lain. Namun arah Utara yang paling penting.
Pada kompas terdapar jarum yang diwarnakan merah dan putih, Jarum kompas yang berwarna merah  hendaklah sentiasa menunjukan arah utara (jika kompas jarum kompas anda (warna merah) tidak menunjukan arah utara, adnda harus 'adjust' agar keUtara.Secara asas kompas memgandungi 16 petujuk mata angin,lihat gambar dibawah:




UTL-Utara Timur Laut
TTL-Timur Timur laut
TT- Timur Tenggara
ST-Selatan Tenggara
UBL-Utara Barat Daya
BBL-Barat Barat Laut
BBD-Barat Barat Daya
SBD-Selatan Barat Daya 

Perkara kedua ialah memahami bahagian-bahagian kompas contoh seperti 2 gambar dibawah. Untuk penulisan ini rencana ini saya menggunakan kompas silva jenis 4 kompas. lensatic (ada juga kompas yang lagi simple dan mudah difahami)




1-Anak panah menunjukkan arah
2-Jarum Kompas
3-Skala
4-Kanta 
Pembesar
5-Penjangka (roamer)
6.Penunjuk arah perjalanan
7.Tapak kompas (Base plate)
8-Bacaan Bearing (sudut)    
9-Garisan penimur grid  
10-Piring kompas (compass Housing) 
               
          
Marching Lensatic Compas

Perkara ketiga harus mengetahui memgenai 'bering' (sudut). Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.Bering dinyatakan dengan angka contoh 250 d 50 ' 35".




Perkara keempat harus mengetahui cara memegang,meletak dan melaraskan kompas. Contoh lihat gambar dibawah:



Cara satu:

-Jika mengunakan kompas seperti diatas, masukkan jari anda ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti gambar diatas. -Jika anda telah mendapat arah yang hendah ditujui, dan hendaklah 'mark' tempat berkenaan, cara memegang kompas sepert diatas, ibu jari dimasukan ke "thumb loop", kemudian susunjari anda seperti diatas. 

-Jika kompas jenis Silza atau sejenisnya, cara memegangnya seperti yang ditunjukan cara memegang seperti diatas.


-Teknik lain ialah:

1>meletakan kompas ditapak tangan dan luruskan/ratakan permukaan tangan

2>Meletakan kompas ditempat yang rata


Sekian sahaja yang dapat lusuh buat untuk pengatahuan kita semua. ini baru part 1, ia ada part 2, iaitu teknik pengunaan kompas pada peta



sekian terima kasih:
Lusuh Adventure050409 2210
(telah dikemaskini di blog LA pada 28102014 jam 1509)

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)




Post a Comment