Tuesday, July 8, 2014

Punca kemalangan air (lemas),langkah menyelamat dan cara mengatasinya

As-salam...@hai...

Punca kemalangan air (lemas),langkah menyelamat dan cara mengatasinya

Sukan air adalah antara sukan yang digemari. Aktiviti berenang, berkayak, berakit dan lain memang popular. Tetapi kita kadangkala lupa kepada aspek keselamatan dan tidak mengambil berat tentangnya atau megetahui tetapi ambil tak kisah. Jika kita berpegang kepada peraturan kemungkinan kemalagan dapat dielak terhadap anak, keluarga dan rakan. Lusuh akan catitikan secara ringkas punca kemalagan air (lemas) dan langkah menyelamat agar menjadi panduan kepada semua.

Punca kemalagan air:
1. Kurang pengawasan (penganjur atau ibubapa) terhadap terhadap anak atau peserta yang bermain di air. Terbaik ialah beritahu kawasan-kawasan yang bahaya dan elakkan.

2. Tidak tahu atau kurang kebolehan untuk menyelamat orang lemas

3. Tidak mematuhi peraturan yang telah dinyatakan

4. Kurang pengatahuan tentang aktiviti atau sukan air yang disetai (langkah keselamatan untuk melepaskan diri) jika musibah berlaku contoh berkayak

5. kurang kemahiran/pengalaman dari segi teknik dan pengendalian sukan yang disertai.

6. Cemas@kelamkabut (panik), bila panik musibah mudah berlaku, sebaiknya tenteramkan diri agar panik hilang

7. Kekejagan otot, kebisaan berlaku apabila berenang; ia disebabkan pengunaan tenaga yang berlebihan dan sejuk. Jika berlaku tahan sakit apungkan diri dengan tangan dan berenanglah ketebing. Teknik lain ialah jika berlaki dikaki, bongkokan badan ke hadapan, bahagian muka menghadap kebawah air, tarik nafas dan tarik kaki kearah atas sambil mengurut kaki itu. Jika otot perut, tarik otot itu dengan menukarkan kedudukan badan.

8. Pengaruh bahan yang memabuk dan menghayalkan (dadah, arak dan lain-lain)

9. Ombak yang besar- jika boleh elakan.

10. Arus sungai atau laut yang kuat/deras

11. Akibat dari terkena hidupan air yang berbisa.

12. Tidak pandai berenang atau kurang mahir (penggunaan life jacket amat digalakan)

13. Berenang ditempat yang merbahaya.

Langkah menyelamat
Sebelum tugas menyelamat dilakukan empat prisip ini harus diberi perhatian:

*Mengekalkan wujudnya kecemasan

*Menilai keadaan, kemampuan dan cara

*Tindakan menyelamat

*Rawatan kecemasan dan tindakan susulan

Terdapat lima cara yang biasa digunakan untuk menyelamatkan orang lemas, tetapi ia bergantung juga kepada setausi dan kesesuaian untuk menyelamat. Harus ingat orang yang lemas itu amat panik dan jika tersilap cara anda sekali akan manjadi mangsa. Oleh itu fikirkan keselamatan diri dahulu, kemudian baru pergi menyelamat

Cara pertama: Capaian - gunakan tangan atau kayu hulurkan kepada mangsa jika jarak tidak jauh

Cara kedua: Harungan - berlaku jika air cetek dan boleh pergi ke mangsa

Cara ketiga: Lontaran - gunakan tali dan lontar, agar dapat dipegang oleh mangsa dan kita boleh tarik atau lontarkan apa saja objek yang boleh terapung.

Cara keempat: Kayuhan - gunakan perahu atau kayak untuk menyelamat

Cara kelima: Renang - Jika sudah tiada cara lain, renang untuk menyelamat dilakukan. Untuk itu pastikan anda cekap berenang dan yakin untuk melakukan.

Cara untuk mengatasi:
1. Belajar berenang (jika boleh dari yang bertauliah)

2. Patuhi peraturan-peraturan yang telah ditulis ditempat berenang

3. Jangan bermain air terlalu lama (letih)

4. Jangan berenang bersendirian tampa ada teman

5. Ketahui had kemampuan diri masing-masing

6. Jika melakukan penerjunan, lakukan ditempat air yang dalam dan selamat

7. Jangan berenang ditempat penerjunan sedang dilakukan

8. Jangan berpura-pura lemas, dan meminta pertolongan

9. Jika melibatkan diri dengan sukan air, pelajarilah dari meraka (jurulatih) yang bertauliah

10. Pelajari teknik-teknik menyelamat

11. Jika nak berenang juga tetapi tidak tahu atau yakin gunakanlan "live jacket"
yang diakui selamat dan ketahananya.

Ok, setakat tu sahaja, yang dapat lusuh catitkan dalam artikel ini.Semoga apa yang dicatit akan menjadi panduan yang berguna untuk  kita semua.

terima kasih.
Lusuh Adventure
200809 1204

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
rujukan: Keselamatan di air (nota level 3)



(update semula 080714...8.37am)

Post a Comment