Thursday, October 10, 2013

Teknik asas bagi 'Beginners' untuk outing

As-salam...@hai...

Teknik asas bagi 'Beginners' untuk outing 

Untuk pergi outing ini, kita meninggalkan segala kesenagan dan kemudahan mewah semasa dirumah. Jadi untuk meraka yang pertama kali mencebur bidang ini, saya sertakan sedikit panduan asas sebagai panduan.

1.Pergi hutan atau daki gunung bukan macam pergi taman bunga. Anda akan menempuh berbagai keadaan muka bumi, anda berseorangan dan dan bergantung kepada semagat anda jadi jangan cuai dalam apa saja keadaan.


2. Didalam hutan memerlukan disiplin yang tinggi (sepatutnya). Jika jurupandu (guide) memberi arahan patuh saja.(tanya kemudian)

3. Jangan bawa barang-barang yang tidak perlu contoh barang kemas, bawalah yang terpenting sahaja dan rujuk kepada meraka yang berpengalaman.Lihatlah tempat mana anda hendak pergi, jadi ikutlah senario tempat yang akan dituju.contoh hendak daki gunung, perlu ke membawa 'set bbq' ?

4. Tanya kepada penganjur jadual perjalanan atau atucara program, supaya anda boleh rancang perjalanan anda dan apa yang perlu dibawa.

5. Anda memerlukan kelengkapan/baragan yang betul contoh jika beg,  mestilah khas untuk 'Outdoor' bukan memggunakan beg sekolah, jika kasut mestilah kasut khas untuk outdoor bukan selipar jamban.

6. Didalam perjalan sesuatu program, semagat team work amat penting, jangan anda pentingkan diri sendiri, sombong dan jangan jadi kera sumbang dalam program.


7. Jika sesuatu program itu telah diwar-warkan (iklan). Sepatutnya anda buat rujukan dari buku atau internet dan sumber lain untuk tambah pengatahuan. Ini penting agar anda bersedia 120% untuk kesana.

8. Jika anda mempunyai penyakit yang kronik, laporkan kepada pengajur agar masa/perhatian wajar  dapat diberikan.Anda mesti bawa ubat tersebut. Perkara ini amat penting untuk nyawa anda.

9. Anda berada didalam hutan, hormati alam dan tempat ini. jagalah tingkat laku dan perkataan yang diucapkan.

10. Kasih hutan kita, cinta hutan kita,lindungi hutan kita,jangan sesuka hati tebang pokok (kecuali terpaksa)dan jangan buang sampah merata-rata,(simpan sampah itu dan bawa keluar), tidak kiralah sewaktu trekking atau di kem site.

Tambah ringkas:

*Semasa trekking pilih laluan yang selamat
*Cari kemsite yang stabil dan selamat
*Pastikan Tandas anda jauh dari kemsite,laluan (trek) dan sumber air
*Gunakan stove untuk masak daripada kayu api (meminumunkan pencemaran)
*Jaga makanan daripada dirosakan, digigit terutama tikus hutan
*Jangan lupa solat bagi yang islam.(ditambah pada 10102013)

semoga menjadi panduan dan maklumat untuk semua.


salam dari saya:
lusuh adventure...

http://www.lusuh.com.my/
(outdoor gear and camping shop)
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Post a Comment