Friday, September 7, 2012

Teknik mencari arah kiblat jika 'outing' berpandukan Bintang dan Matahari




"Firman Allah..."Dan Dia menciptakan tanda-tanda petunjuk jalan, dan dengan bintang-bintang inilah mereka mendapat petunjuk...."

Jika kita pergi 'outing' dan ditakdir tak bawa kompas, selepas itu hendak bersolat bagaimana cara menentukan arah kiblat.,jadi bagaimana cara anda menentukan arah kiblat . Ok  lusuh akan menulis empat cara mencari arah kiblat berpandukan kepada matahari dan bintang selain dari menggunakan kompas . Panduan ini amat perlu kita pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berada dalam situasi yang terdesak seperti di tengah hutan belantara,  dilautan dan dimana jua.



Cara (1) Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.



Contohnya lihat gambar diatas, tiga bintang sederet a menunjukkan model bintang Al-Jauzah atau al-Babadur atau panggil Orion.Bintang inilah selalu menjadi petunjuk navigasi untuk kawasan yang berada di Garisan Khatulistiwa. Cara membaca bintang ini dan mencari arah kiblat pula, lihat gambar dibawah.




tiga bintang sederet didalam gambar tersebut menunjukan arah kiblat. Bintang ini juga mempunyai nama iaitu:

*Paling kanan - Al-Mintaka                  *Tengah- Al-Nilam        *Paling kiri - Al-Nitak

*kanan atas - Al-Najid atau Bellatrix   *kiri atas - Bet Al Gauza atau Betelgeuse

*kanan bawah - Al Rijl atau Rigel         *kiri bawah - As'Saif atau Saiph

Garisan lurus dari Al Nitak ke Al-Mintaka menghala ke Barat Sebenar,Untuk arah Barat Megnetik..adjustkan ke sudut 15 degree (beza utara sebenar dan utara magnet = 15 degree )
Gugusan bintang ini mudah di kesan memandangkan kedudukannya di atas kepala di Khatulistiwa.

Cara (2) Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada
pengetahuan ilmu bintang.





Nota: Bintang-bintang hanya akan kelihatan mengelilingi pusat kutub yang ditunjukkan oleh bintang kutub (Polaris). Oleh itu bintang ini menunjukkan arah Utara benar dari manapun di muka bumi ini. Bintang kutub terletak dalam buruj al-judah ( Rasi Bajak / Ursa Minoris ) dan rasi  ini hanya dapat dilihat oleh masyarakat di bahagian Utara katulistiwa pada  tengah malam pada bulan Julai hingga Disember setiap tahun. Kedudukan bintang kutub boleh dikenali berdasarkan bentuk rasi bintang ini.


Cara (3) Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat. Setelah pasti arah terbenamnya matahari, menghadap kearah itu, dan pusingkan badan anda kekanan dalam 10 darjah dan beristijihat itulah arah kiblat. Di bawah saya sertakan rajah anggaran arah kiblat dari matahari terbenam.



Anda juga boleh menggunakan kaedah jari seperti gambar dibawah untuk menentukan secara kasar arah kiblat -gambar di bawah mencari arah menggunakan tangan kiri, lihat sususanan jari dibawah untuk cari bering kiblat.(JIKA DI KL BEARING KIBLAT IALAH 292.6846 ) (TERDAPAT KESILAPAN DALAM PENULISAN SAYA UANG LEPAS, IAITU-
'(gambar di bawah mencari arah menggunakan tangan kiri ia berlaku dikawasan lain dimana koardinat tidak sama dan berbeza) JIKA DI MALAYSIA GUNAKAN TANGAN KANAN DAN MENGGUNAKANN TEKNIK YANG SERUPA. JIKA DI KL BEARING KIBLAT IALAH 292.6846 )', yang sebenarnya ialah seperti diatas iaitu tulisan yang tidak condong dan terang (bold) harap maklum.

note: gambar ini tangan kiri guna untuk arah kiblat



Cara (4) Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku 2 kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari. Sekali apabila matahari bergerak ke titik utara iaitu pada 28 Mei.

caranya ialah:

  1. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh memeriksanya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang berkenaan.
  2. Tepat pada masanya (jam 5.16 petang pada 28 Mei atau 5.28 petang pada 16 Julai), bayang yang ditunjukkan tiang tegak, bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Arah kiblat ialah arah yang bertentangan iaitu menghadap ke barat.
  3. Pilih tempat yang tidak terlindung dan cahaya matahari. Pacakkan satu tiang di lihat arah kiblatnya.
  4. Anda boleh juga dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak atau apa saj objek yang lurus.


Sekian sahaja yang dapat saya (lusuh)buat untuk pengetahuan kita bersama, saya berharap agar ia menjadi panduan untuk semua. Yang baik datang Allah, dan yang buruk datang dari manusia sendiri. Jika ada kesilapan dalam penulisan ini harap di egur ok....selamat membaca kepada peminat outdoor...
sekian terima kasih

Lusuh Adventure
160309 (0943)
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
website rasmi lusuh Adventure menjual barang 'camping'
Post a Comment